Tuesday 23 April 2013

"Saya Sanggup Terima ___________ awak."


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam.





Kita harus didik diri kita sebagai seorang pemberi, pembantu,dan pembimbing.
Jika pasangan hidup kita mempunyai kelemahan, bantulah dia membaiki kelemahan itu.
Jika pasangan hidup kita mempunyai kekurangan, kita berperanan memberi kelebihan yang ada untuk saling melengkapi.

Dalam menyuburkan perasaan cinta atau menerima seseorang itu, bukan sekadar kita  melafazkan dibibir yang kita sedia menerima kelemahan dia tanpa kita bantu untuk membaiki kelemahan itu. Oleh sebab itu, mengapa diantara kita pandai berkata-kata seperti;


"SAYA SANGGUP TERIMA KELEMAHAN AWAK,

.........walaupun apapun berlaku, kerna sayang saya tidak dapat dibendung lagi".

Fikirkan apa yang anda lafazkan itu... kerana kehidupan sebelum berkahwin dan kehidupan selepas kahwin adalah berbeza.  Ini yang dinamakan manis di alam percintaan dan pahit di alam rumah tangga. Kelemahan pada seseorang yang kita sayangi itu haruslah dibaiki dan tidak seharusnya kita biarkan.  Kita sendiri mengimpikan sebuah keluarga yang sakinah dan mawaddah seharusnya kelemahan yang ada pada seseorang yang kita mahu jadikan pasangan itu dibaiki tidak kira sebelum atau selepas berkahwin.




Sebagai contoh, kelemahan yang ada pada seseorang yang kita suka dia tidak sempurna dalam Solatnya.  ADAKAH KITA MAHU BIARKAN SOLATnya TIDAK SEMPURNA SEPANJANG HIDUPNYA???  Oleh itu pentingnya kita mendapatkan ilmu kerna tanpa ilmu kita tidak mampu memberi dan Ilmu tanpa amal juga adalah satu pekara yang sia-sia kerana Ilmu sekadar hiasan di dada dan tidak berperanan membantu orang lain.  Bimbinglah diri dan dia ke Jannah kerna disitulah "target" kita selepas hidup di dunia yang penuh dengan ujian.

"SAYA SANGGUP TERIMA AWAK SEADANYA."

Jangan kita sekadar menerima tapi tidak memberi yang akhirnya memberi impak yang buruk pada pasangan hidup kerna kita sendiri yang akan memakan diri sendiri yang kita sebenarnya tidak boleh terima hakikat kelemahan dan kekurangan pasangan hidup kita selepas berkahwin.  Berikanlah kebaikan pada orang yang sayangi kerna itulah hakikat sebenarnya pasangan itu diciptakan. Demikian kerana hidup ini  bukan sekadar untuk menerima tanpa kita memberi. Berikan sesuatu kebaikan pada si Dia yang akhirnya diri dia dan kita menjadi seorang yang luar biasa hebatnya.

"SAYA CINTA AWAK KERANA ALLAH S.W.T."


Jika benar-benar kita cinta seseorang itu kerana Allah s.w.t dan mahu bawa dirinya ke arah yang lebih baik, kita perlu teliti cara layanan kita dan pergaulan kita sebelum berkahwin.  Jika hanya sekadar lafaz dibibir kerna pada hakikatnya kita sendiri tidak membawa diri kita sendiri ke arah yang lebih baik.

"SAYA TERIMA KEKURANGAN AWAK YANG ADA."



Betul ke kita terima. Ya, memang kita menerima. TAPI seperti yang saya perkatakan tadi, HIDUP INI BUKAN SEKADAR MENERIMA TAPI MEMBERI.  Sebagai contoh kekurangan yang ada dia adalah orang kurang upaya. Tangan kanan tidak mampu digunakan dengan baik seperti tangan kiri.  Nah..tunjukkan tanda sayang kita dengan menjadikan tangan kanan kita tangan Kanan buatnya.

Kita harus tahu setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan.  Namun, kelemahan itu dapat dibaiki dengan bimbingan dan pemberian tidak kira walau apa cara sekalipun, KELEMAHAN ITU PASTI DAPAT DIBAIKI.  Begitu juga dengan kekurangan. Kita menerima kekurangan itu disamping itu juga harus membantu.  BUKAN membiarkan.



SAYANG BUKAN SEKADAR LAFAZ, CINTA itu bersifat SUCI dan Selain dari itu adalah NAFSU.
Kerna Cinta itu ajaib....ia tumbuh membesar dan kekal dengan memberinya kepada orang lain.. 


CINTA KERANA ALLAH DENGAN ILMU YANG KITA ADA. CINTA KERANA PARAS RUPA ITU BUKAN CINTA NAMANYA TAPI NAFSU MENDAHULUI CINTA.  PARAS RUPA YANG CANTIK ADALAH KURNIA DAN UJIAN.  NAMUN AKHLAK YANG BAIK MERUPAKAN SATU KEBAIKAN UNTUK KITA. OLEH ITU KITA PERLU BIJAK SEBELUM MENERIMA CINTA SESEORANG. NILAI dan BUAT KEPUTUSAN TANPA MENGIKUT NAFSU.

APAPUN, SAYA UTAMAKAN ALLAH SWT DAN RASULULLAH S.A.W (selawat keatas baginda dan ahlul bayt) dan SAYA DAHULUKAN ILMU,IMAN,  DAN AMAL.

Wassalam.


(Tulisan di atas adalah sekadar pandangan penulis dan tidak melibatkan mana-mana pihak.)

No comments:

Post a Comment