Friday, 8 February 2013

"First Impression" ??! Bukan JAWAPAN sebenar.




Ramai diantara kita merasakan "first impression" sangat penting dalam membuat "judgement" atas sesuatu pekara.
BENAR.

TETAPI

ianya bukan satu Keputusan atau Jawapan yang muktamad kepada satu PERSOALAN.

Apakah PERSOALANnya itu.....

a) Dia ni gangster ke?

b) Dia ni tak betul ke?

c) Dia ni jahat ke?

d) Dia ni benar-benar alim ke?

e) Dia ni layak ke?

f) Dia sesat kah?


Sedarkah kita terlalu rakus ingin menghukum orang tanpa membuat soal selidik.

Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6, Allah swt berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."



Apabila disanggah pendapat mereka yang cepat menghukum ni, pasti mereka mendatangkan "gambar" dan video yang semua orang boleh edit dan "captured".

Bagi mereka, gambar sudah jelas menceritakan segala-galanya.

Hakikat kita pada masa kini adalah "TAKUT" atau "MALAS" untuk membuat soal selidik dan menerima bulat-bulat sebulat-bulatnya apa saja cerita yang sampai kepada mereka dan jika pekara itu sesuai dengan jiwa mereka, mereka menerimanya dengan seadanya tanpa membuat kajian terperinci dan soal selidik yang lebih mendalam.

"Setiap tindakan manusia pasti ada alasan mereka tertentu." Saya pasti ramai diantara kita tahu kisah seorang ayah, anak dan seekor keldai. Setiap tempat yang disinggah ayah, anak dan keldai ini pasti mendapat hukuman yang berbeza.  

Di dalam hati manusia ada sifat "TAKSUB" dengan apa yang dipercayai mereka sehinggakan pendapat orang lain dan pandangan orang lain dengan alasan yang tersendiri dianggapnya sebagai SALAH dan SESAT lagi HINA.


Kita sebagai hamba Allah s.w.t hendaklah mendengar sekalipun tidak mahu menerimanya. Yang penting kita LISTEN. LISTEN. LISTEN. doesn't mean you must accept it. RESPECT. Dengan kita menghormati pendapat orang dan pandangan orang adalakalanya dengan cara itu orang boleh menerima pandangan kita. It's all about humanity and emotional. Apabila emosi kita dalam keadaan yang stabil kita pasti dapat lihat pada sudut kebenaran dan rasionalnya.

Namun apa yang kita lakukan sekarang, kita jadikan "First Impression" sebagai keputusan yang muktamad yang kita pegang sampai mati. 

Jangan kita cepat "Menerakakan" orang dan dengan cepat melakukan sesuatu pekara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Kita sendiri banyak melakukan dosa dan kesilapan hatta sebesar zarah. Sebaiknya kita sibukkan diri kita dengan mohon keampunan dan mohon diberi petunjuk kebenaran dalam kehidupan seharian kita.

Doakan yang terbaik untuk orang dan henti menyebarkan dosa-dosa orang dengan alasan "nak jadikan contoh".

Kalau nak jadikan contoh sekalipun tak perlu rasanya sebut-sebut nama orang.


Kita lalu di lorong-lorong gelap....kemudian kita lihat gadis-gadis yang sibuk menjalankan "perniagaaan".
Kebiasaanya kita pandang hina pada mereka tanpa kita ketahui niat mereka yang sebenar dan kisah hidup mereka yang sebenar. Barangkali mereka pernah dirogol atau dipaksa melakukan "kerja-kerja" itu.

Boleh saja ada disebalik pakaian yang tak cukup itu dalam hati mereka, mereka mahu dan berdoa dalam hati mereka agar diberikan kekuatan untuk kembali pada KEBENARAN.

Kita yang tak mampu untuk selamatkan mereka, Berdoalah untuk mereka.

Kesimpulannya disini, Nak tahu pekara sebenar kita tanya sendiri dengan orang dihukum itu sendiri.
Apabila diberi cadangan seperti ini pasti ada yang berkata, "alaaa..boleh je dia tipu kita."...
Kalau kita susah nak percaya lakukan kajian dan soal selidik yang cara yang kita sendiri sehinggakan kita yakin dengan apa yang kita percaya. Walaubagaimanapun, sekalipun kita sudah membuat satu kepercayaan pada diri kita, jangan pula jika ada satu kepercayaan yang bertentangan dengan kita, kita CACI MAKI, HUKUM orang tersebut. Ingat! Dengan MENGHORMATI KEPUTUSAN ORANG LAIN BERKEMUNGKINAN SAJA KITA BOLEH ORANG ITU MENERIMA KEPERCAYAAN KITA.

Tutur kata yang baik dan lebih baik akan membuka minda yang kian lama diberi suntikan KEBENCIAN.
MEMBENCIN MUSUH ANDA KERNA ANDA ADA ALASANYA, NAMUN MEMBENCI ORANG YANG ANDA BELUM MENGENALINYA LEBIH DALAM SEBENAR ANDA PERLU LIHAT SEMULA PADA DIRI ANDA. ADAKAH KEBENCIAN ANDA ITU SATU PEKARA YANG RASIONAL.

"Orang yang suka mengkritik mungkin tahu nama anda, tapi tidak kisah anda. Mereka mungkin tahu apa yang anda lakukan, tapi tidak apa yang anda lalui."- Ustaz Huda.


Apa yang saya jelaskan diatas bukanlah nak menunjukkan diri saya terlalu hebat untuk "bertazkirah" apatah lagi "berceramah" sedangkan diri saya sendiri masih dalam keadaan "bermusafir" ke arah yang lebih baik.
Saya akui saya sendiri adakalanya saya terlalu sensitif menerima pendapat orang, oleh itu apa yang saya katakan diatas turut juga saya  menasihati diri saya sendiri.



Sesungguhnya segala kebaikan datang daripada Allah
segala yang buruk datang daripada kelemahan saya sendiri.

~ZM




DIA Yang BakalKu Jumpa, Bila? DIA yang Tentukan.




Sesungguhnya dalam kehidupan kita penuh dengan ujian. Setiap ujian yang diberikan pasti terselit hikmah yang penuh dengan RahmatNya.  Setiap ujian merupakan tanda DIA sayangkan kita. Tapi, kita selalu fikirkan yang buruk tentang DIA.

Tika kita sedar akan kealpaan kita, kita akan rasa hina pada diri kita tapi Sayang! mengapa hanya bersifat sementara??? Sesungguhnya DIA Maha Pengampun namun kita berhenti berusaha untuk memohon keampunan daripadaNYA.

Kita manusia tidak lepas melakukan dosa..apatah lagi kesilapan-kesilapan kecil.  Janganlah kita berasa malu yang tidak bertempat untuk terus mohon keampunan.  DIA telah berikan banyak petunjuk pada kita melalui ujian-ujian yang diberikan.

Selain Ujian-ujian kesakitan dalam kehidupan kita, setiap yang DIA cipta pasti ada sebabNYA.
Kita pekakkan telinga dan butakan mata dengan setiap ciptaanNYA. Bagi kita, cukup sekadar kita tahu DIA yang mencipta. Fullstop. Selepas itu, "kami" tak amek port....

"Kita" amek port bila kita berada pada hujung nyawa. Masa itu...lidah kelu untuk melafazkan kesyukuran dan mohon keampunan...

"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab, "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)?"
(QS 29: 61)

Kesimpulannya, KITA seharusnya terus menerus mohon keampunan daripada DIA dan berusaha dan terus berusaha tidak kira jika dalam tempoh yang panjang sekalipun. Setiap usaha itu pasti dilihatNYA. Selain itu, pupukkan keSyukuran dalam diri kita dengan setiap ketentuanNYA dan lihatlah dari sudut pengajaran dan hikmah yang diselit oleh DIA. 

DIA tetap kita jumpa. Bila? DIA yang tentukan.



(Semua yang diatas adalah pendapat dan luahan oleh penulis sendiri yang masih terus menerus "musafir" membaiki diri dan kebaikan yang diketahui dikongsi bersama dan sedia untuk menerima teguran dan pelbagai kritik yang membangun)