Friday 8 February 2013

DIA Yang BakalKu Jumpa, Bila? DIA yang Tentukan.




Sesungguhnya dalam kehidupan kita penuh dengan ujian. Setiap ujian yang diberikan pasti terselit hikmah yang penuh dengan RahmatNya.  Setiap ujian merupakan tanda DIA sayangkan kita. Tapi, kita selalu fikirkan yang buruk tentang DIA.

Tika kita sedar akan kealpaan kita, kita akan rasa hina pada diri kita tapi Sayang! mengapa hanya bersifat sementara??? Sesungguhnya DIA Maha Pengampun namun kita berhenti berusaha untuk memohon keampunan daripadaNYA.

Kita manusia tidak lepas melakukan dosa..apatah lagi kesilapan-kesilapan kecil.  Janganlah kita berasa malu yang tidak bertempat untuk terus mohon keampunan.  DIA telah berikan banyak petunjuk pada kita melalui ujian-ujian yang diberikan.

Selain Ujian-ujian kesakitan dalam kehidupan kita, setiap yang DIA cipta pasti ada sebabNYA.
Kita pekakkan telinga dan butakan mata dengan setiap ciptaanNYA. Bagi kita, cukup sekadar kita tahu DIA yang mencipta. Fullstop. Selepas itu, "kami" tak amek port....

"Kita" amek port bila kita berada pada hujung nyawa. Masa itu...lidah kelu untuk melafazkan kesyukuran dan mohon keampunan...

"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab, "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)?"
(QS 29: 61)

Kesimpulannya, KITA seharusnya terus menerus mohon keampunan daripada DIA dan berusaha dan terus berusaha tidak kira jika dalam tempoh yang panjang sekalipun. Setiap usaha itu pasti dilihatNYA. Selain itu, pupukkan keSyukuran dalam diri kita dengan setiap ketentuanNYA dan lihatlah dari sudut pengajaran dan hikmah yang diselit oleh DIA. 

DIA tetap kita jumpa. Bila? DIA yang tentukan.



(Semua yang diatas adalah pendapat dan luahan oleh penulis sendiri yang masih terus menerus "musafir" membaiki diri dan kebaikan yang diketahui dikongsi bersama dan sedia untuk menerima teguran dan pelbagai kritik yang membangun)

No comments:

Post a Comment