Tuesday 16 April 2013

TERIMA KASIH ORANG KETIGA. TANPA ANDA SAYA TIDAK MENGENALI DIA. KEHADIRAN ANDA SATU PERUBAHAN BAKAL MENYUSUL.

Setiap manusia mempunyai perasaan suka terhadap seseorang.  Ia merupakan fitrah bagi setiap manusia.  Namun, perasaan suka ini adakalanya boleh jadi tergantung, berhenti, dan ada yang akhirnya membawa kepada mendirikan rumah tangga. Namun, perasaan suka itu sendiri tidak boleh dipaksa-paksa tapi boleh dibuat-buat.  Buat-buat suka bermakna demi menjaga hati seseorang kerana tidak mahu kecewakan hatinya atau tidak sanggup melihat dia sedih.  Sebenarnya buat-buat suka bukan sahaja lebih mengecewakan hati seseorang, malah boleh membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan kerna ini diibaratkan sebuah pohon kecil yang diberikan, dan disiram setiap hari dan akhirnya dia mendapat tahu ia adalah pohon palsu.



Ramai di antara kita mengambil langkah suka dan terus menyemaikan cinta sepenuh jiwa.  Langkah ini sebenarnya akan memberi malapetaka pada jiwa kita di mana sepatutnya bagi mendapatkan cinta yang dibalas dengan cinta haruslah ditapis dengan cinta Ilahi. Demikian kerana jika cinta yang kita semaikan sepenuh jiwa pada orang yang tidak menyintai kita akan membawa kepada dua kemungkinan iaitu :

1. Cinta itu akan terbalas pada penghujungnya;

2. Cinta itu hanyalah sia-sia.

Cinta sebenarnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Kerna apabila kita cintakan seseorang atau cintakan sesuatu benda, kita tidak lagi mengenal penat lelah malah pekara yang sukar menjadi mudah dimata kita.

Apabila disebut mengenai cinta, ramai di antara kita berasa sangat sedih apabila cinta mereka terhadap seseorang hancur apabila hadir pihak ketiga. (khusus kepada yang belum mendirikan rumah tangga.)


Dulu, mungkin kita boleh fikir bahwa Orang ketiga ini sangatlah kejam dan tidak berhati perut kerana sanggup menghancurkan memori kenangan manis kita bersama Si dia yang kita cintai.  

SEKARANG...

jangan kita salahkan orang ketiga dan seharusnya kita berterima kasih pada mereka.  Demikian kerana kehadiran orang ketiga merupakan satu ujian daripada Allah s.w.t buat kita dan orang yang kita suka.  Pada kebiasaan bila ada orang ketiga, pasti hubungan kita dengan orang yang kita suka akan mula renggang.  Maka disitu Allah jadikannya peluang buat kita untuk kita lebihkan cinta kita pada Allah, Rasulullah s.a.w dan ahlul bayt, serta keluarga kita. 


Jika kita renung seketika, masa saat kita dalam saat-saat bahagia, berapa banyak kita luangkan masa kita kepada Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w dengan berselawat dan juga keluarga kita ?? Berapa banyak kita habis kan duit yang kebanyakkannya datang dari Ibu bapa kita (bagi yang belum bekerja) dan duit itu digunakan untuk bersedekah dan beli benda-benda yang sepatutnya.  

Mungkin setiap apa yang kita berikan pada orang yang kita suka dan sayang itu mahu dijadikan tanda kita suka dan kenangan. Ia mungkin tidak mendatangkan masalah, namun, haruslah tidak lebih daripada pekara-pekara yang lebih penting, seperti sedekah, beli barang-barang keperluan dan yang paling penting pelajaran.

Kerna adakalanya kita sanggup melaburkan duit kita pada pekara yang tidak pasti. Demikian kerana dia belum jadi pasangan hidup kita.  Seharusnya kita simpan duit itu untuk selepas kahwin.

Aik, ni dah lari tajuk dah ni..hahaha..

Okay, berbalik pada orang ketiga. Jika kita pandang pada sudut lain, jika seseorang itu benar-benar sayang dan suka pada kita, tidak kira ada orang cuba mendekati dia, dia tetap pilih kita. Persoalannya bukan kerna kacak ataupun cantik, tapi sejauh mana seseorang itu menerima kita seadanya.  Orang ketiga memainkan peranan yang cukup baik kerna ia menjadi titik "depression" kita.   Kebiasaannya bila orang depression masa itu juga kita mencari Tuhan. haaa...Kita fikirkan kembali Tuhan menjadikan satu kesedihan pada kita adalah untuk kita berfikir, sejauh mana kita luangkan masa kita dengan Tuhan.  

Dengan orang ketiga juga barulah kita mengenali orang yang kita suka. Barulah kita sedar bahwa dia sememangnya tidak akan kekal bersama kita. Bersyukurlah kerna kita diselamatkan sebelum berkahwin.

Sedarlah kita terlalu sibuk mengejar cinta Manusia. Cinta Tuhan belum mampu kita balas. Allah s.w.t sentiasa bersama kita tika kita sedih mahupun bahagia. 
Kesilapan pada kita sekarang adalah terlalu fokus pada orang yang kita suka tanpa kita fokus pada diri kita sendiri.  

Dalam Surah An-Nur 26, Allah berfirman, "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

Seharusnya kita fokus membaiki diri kita, umpama perkemaskan rumah kita sebelum membenarkan orang masuk ke dalam.  Apabila kita kemas dengan baik, maka yang datang pastilah orang yang cintakan kekemasan, jika kita biarkan ia dalam keadaan dalam serba kekotoran pasti yang datang juga pencinta kekotoran.  

Muhasabah...

Kita fikirkan kembali, ibu bapa kita berpuluh tahun membesarkan kita, ada kita berikan layanan istimewa seperti mana kita berikan pada orang yang kita suka?  Boleh jadi orang yang kita suka tidak dapat menerima orang tua kita. dan boleh jadi orang yang kita suka tidak mendapat restu orang tua kita.  Oleh sebab itu betapa pentingnya mengambil hati orang tua kita, jaga hati mereka.  Secara jujurnya, bukan senang kita untuk kita menjaga perasaan orang. Sebab itu kalau nak menyukai seseorang pastikan dia juga seorang yang penyayang terhadap ibu bapanya.


MULAKAN....

Kesimpulannya, marilah kita gantikan memori silam kita bersama si dia dengan menciptakan memori baru kita bersama Si DIA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Insha Allah, pasti kita akan dikurniakan seseorang yang kita inginkan. Ciptakan kenangan manis kita bersama si DIA seperti memperbaiki dan pertingkatkan amalan.  Di samping itu juga marilah kita ukir kenangan manis kita bersama keluarga yang kita cintai dan rakan-rakan kita yang selama ini berada di sisi kita.


(Semua yang diatas adalah pendapat dan luahan oleh penulis sendiri yang masih terus menerus "musafir" membaiki diri dan kebaikan yang diketahui dikongsi bersama dan sedia untuk menerima teguran dan pelbagai kritik yang membangun)

No comments:

Post a Comment